Penamaan masa geologi Tempoh_geologi

Nama-nama pada unit masa geologi ditakrifkan untuk unit-unit kronostratigrafi dengan padanan unit geokronologi yang berkongsi nama yang sama dengan perbezaan hanya pada unit sahaja (contohnya: Eonotem Fanerozoik menjadi Eon Fanerozoik). Nama-nama eratem pada eonotem Fanerozoik dipilih untuk mencermin perubahan ketara dalam sejarah segala kehidupan di muka Bumi: Paleozoik (kehidupan lama), Mesozoik (kehidupan pertengahan), dan Senozoik (kehidupan baharu). Nama-nama sistem pula asal dari pelbagai sumber, dengan beberapa daripadanya memberi bayangan terhadap kedudukan kronologi (contohnya: Paleogen), manakala yang lain pula ada yang diberi nama berdasarkan litologi (contohnya: Kapur), ada yang berdasarkan geografi (contohnya: Perm), dan ada yang berasal dari suku tertentu (contohnya Ordovisi). Kebanyakan siri dan subsiri yang diperakui pada masa kini dinamakan berdasarkan kedudukannya dalam sesuatu sistem/siri (awal/tengah/akhir); namun ICS memperjuang untuk kesemua siri dan subsiri baharu supaya diberi nama berdasarkan ciri geografi dalam lingkungan stratotipnya atau ketempatan jenis batu rujukannya. Nama-nama peringkat perlulah juga diterbit dari sesuatu ciri geografi pada ketempatan stratotipnya atau ketempatan batu rujukan tersebut.[6]

Secara tidak formalnya, jangka masa sebelum Tempoh Kambria sering dirujuk sebagai supereon Prakambria.[31][note 2]

Jangka masa dan etimologi nama-nama eonotem/eon yang dikemuka oleh ICS
NamaJulat masaTempoh (juta tahun)Etimologi nama
Fanerozoik538.8 hingga 0 juta tahun dahulu538.8Dari gubahan perkataan Yunani φανερός (phanerós) bermaksud 'jelas' atau 'lebat', dan ζωή (zoē) bermaksud 'kehidupan'.
Proterozoik2,500 hingga 538.8 juta tahun dahulu1961.2Dari gubahan perkataan Yunani πρότερος (próteros) bermaksud 'terlebih dahulu' atau 'terlebih awal', dan ζωή (zoē) bermaksud 'kehidupan'.
Arkean4,031 hingga 2,500 juta tahun dahulu1531Dari perkataan Yunani αρχή (archē), bermaksud 'permulaan, asal usul'.
Hadean4,567.3 hingga 4,031 juta tahun dahulu536.3Dari Hades, Yunani: ᾍδηςcode: grc is deprecated , translit. Háidēs, nama dewa dunia dasar (neraka) mengikut mitologi Yunani.
Julat masa dan etimologi nama-nama eratem/era ICS
NamaJulat masaTempoh (juta tahun)Etimologi nama
Senozoik66 hingga 0 juta tahun dahulu66Dari gubahan perkataan Yunani καινός (kainós) bermaksud ‘baharu’, dan ζωή (zōḗ) bermaksud 'kehidupan'.
Mesozoik251.9 hingga 66 juta tahun dahulu185.902Dari gubahan perkataan Yunani μέσο (méso) bermaksud 'pertengahan', dan ζωή (zōḗ) bermaksud 'kehidupan'.
Paleozoik538.8 hingga 251.9 juta tahun dahulu286.898Dari gubahan perkataan Yunani παλιός (palaiós) bermaksud 'lama', dan ζωή (zōḗ) bermaksud 'kehidupan'.
Neoproterozoik1,000 hingga 538.8 juta tahun dahulu461.2Dari gubahan perkataan Yunani νέος (néos) bermaksud 'baharu' atau 'muda', πρότερος (próteros) bermaksud 'terlebih dahulu' atau 'terlebih awal', dan ζωή (zōḗ) bermaksud 'kehidupan'.
Mesoproterozoik1,600 hingga 1,000 juta tahun dahulu600Dari gubahan perkataan Yunani μέσο (méso) bermaksud 'middle', πρότερος (próteros) bermaksud 'terlebih dahulu' atau 'terlebih awal', dan ζωή (zōḗ) bermaksud 'kehidupan'.
Paleoproterozoik2,500 hingga 1,600 juta tahun dahulu900Dari gubahan perkataan Yunani παλιός (palaiós) bermaksud 'old', πρότερος (próteros) bermaksud 'terlebih dahulu' atau 'terlebih awal', dan ζωή (zōḗ) bermaksud 'kehidupan'.
Neoarkean2,800 hingga 2,500 juta tahun dahulu300Dari gubahan perkataan Yunani νέος (néos) bermaksud 'baharu' atau 'muda', dan ἀρχαῖος (arkhaîos) bermaksud 'kuno'.
Mesoarkean3,200 hingga 2,800 juta tahun dahulu400Dari gubahan perkataan Yunani μέσο (méso) bermaksud ‘pertengahan’, dan ἀρχαῖος (arkhaîos) bermaksud 'kuno'.
Paleoarkean3,600 hingga 3,200 juta tahun dahulu400Dari gubahan perkataan Yunani παλιός (palaiós) bermaksud 'lama', dan ἀρχαῖος (arkhaîos) bermaksud 'kuno'.
Eoarkean4,031 hingga 3,600 juta tahun dahulu431Dari gubahan perkataan Yunani Ηώς (Ēṓs) bermaksud 'senja', dan ἀρχαῖος (arkhaîos) bermaksud 'kuno'.
Julat masa dan etimologi nama-nama sistem/tempoh ICS
NameJulat masaTempoh (juta tahun)Etimologi nama
Kuarterner[note 3]2.6 hingga 0 juta tahun dahulu2.58Pertama kali diperkenalkan oleh Jules Desnoyers pada tahun 1829 untuk mendapan yang terdapat di Lembangan Seine Perancis yang kelihatan lebih muda berbanding batu bata tempoh Tertier.[note 4][32]
Neogen23 hingga 2.6 juta tahun dahulu20.45Diterbit dari gubahan perkataan Yunani νέος (néos) bermaksud 'baharu', dan γενεά (geneá) bermaksud 'genesis' atau 'kelahiran'.
Paleogen66 hingga 23 juta tahun dahulu42.97Diterbit dari gubahan perkataan Yunani παλιός (palaiós) bermaksud 'old', dan γενεά (geneá) bermaksud 'genesis' atau 'kelahiran'.
Kapur~145 hingga 66 juta tahun dahulu~79Merupakan terjemahan Bahasa Melayu langsung dari perkataan “Cretaceous” dalam Bahasa Inggeris, yang juga diterbit dari perkataan Terrain Crétacé yang digunakan pada tahun 1822 oleh Jean d'Omalius d'Halloy, sebagai rujukan untuk lapisan kapur yang ekstensif pada Lembangan Paris.[33] Paling awal perkataan ini diterbit dari perkataan bahasa Latin crēta bermaksud kapur.
Jura201.4 hingga 145 juta tahun dahulu~56.4Diberi nama berdasarkan Kawasan Pergunungan Jura. Asalnya digunakan oleh Alexander von Humboldt sebagai 'Jura Kalkstein' (batu kapur Jura) pada tahun 1799.[34] Alexandre Brongniart merupakan orang pertama untuk menerbit istilah “Jura” dalam bidang geologi pada tahun 1829.[35][36]
Trias251.9 hingga 201.4 juta tahun dahulu50.502Dari perkataan Trias oleh Friedrich August von Alberti yang merujuk kepada tiga lapisan bentukan geologi yang tersebar luas di selatan Jerman
Perm298.9 hingga 251.9 juta tahun dahulu46.998Diberi nama berdasarkan kawasan bersejarah Perm, Empayar Rusia.[37]
Karbon358.9 hingga 298.9 juta tahun dahulu60Diringkaskan terjemahan dari Bahasa Inggeris “Carboniferous”, yang bermakna 'memikul arang', yang berasal dari bahasa Latin carbō (arang) and ferō (untuk memikul).[38]
Devon419.2 hingga 358.9 juta tahun dahulu60.3Diberi nama berdasarkan Devon, England.[39]
Silures443.8 hingga 419.2 juta tahun dahulu24.6Diberi nama berdasarkan salah satu dari puak Celt yakni puak Silures.[40]
Ordovisi485.4 hingga 443.8 juta tahun dahulu41.6Diberi nama berdasarkan puak Celt yang bernama Ordovices.[41][42]
Kambria538.8 hingga 485.4 juta tahun dahulu53.4Diberi nama berdasarkan Kambria, bentuk pelatinan nama Welsh untuk Wales, Cymru.[43]
Ediakara635 hingga 538.8 juta tahun dahulu~96.2Diberi nama berdasarkan Bukit Ediakara. Ediakara mungkin merupakan bentuk seleweng dari perkataan bahasa orang Kuyani 'Yata Takarra' bermaksud tanah keras atau berbatu.[44][45]
Kriogen720 hingga 635 juta tahun dahulu~85Dari gubahan perkataan Yunani κρύος (krýos) bermaksud 'sejuk', dan, γένεσις (génesis) bermaksud 'kelahiran'.[3]
Tonos1,000 hingga 720 juta tahun dahulu~280Dari perkataan Yunani τόνος (tónos) bermaksud 'regang'.[3]
Stenos1,200 hingga 1,000 juta tahun dahulu200Dari perkataan Yunani στενός (stenós) bermaksud 'sempit'.[3]
Ektasis1,400 hingga 1,200 juta tahun dahulu200Dari perkataan Yunani ἔκτᾰσῐς (éktasis) bermaksud 'lanjutan'.[3]
Kalimma1,600 hingga 1,400 juta tahun dahulu200Dari perkataan Yunani κάλυμμᾰ (kálumma) bermaksud 'pelitup'.[3]
Stateros1,800 hingga 1,600 juta tahun dahulu200Dari perkataan Yunani σταθερός (statherós) bermaksud 'stabil'.[3]
Orosira2,050 hingga 1,800 juta tahun dahulu250Dari perkataan Yunani ὀροσειρά (oroseirá) bermaksud 'banjaran gunung'.[3]
Riaksia2,300 hingga 2,050 juta tahun dahulu250Dari perkataan Yunani ῥύαξ (rhýax) bermaksud 'aliran lava'.[3]
Sideros2,500 hingga 2,300 juta tahun dahulu200Dari perkataan Yunani σίδηρος (sídēros) bermaksud 'besi'.[3]
Julat masa and etimologi nama-nama siri/epok ICS
NameJulat masaTempoh (juta tahun)Etimologi nama
Holosen0.012 hingga 0 juta tahun dahulu0.0117Dari gubahan perkataan Yunani ὅλος (hólos) bermaksud 'keseluruhan', manakala καινός (kainós) bermaksud 'baharu' melalui bahasa Perancis
Pleistosen2.58 hingga 0.012 juta tahun dahulu2.5683Dicipta pada awal 1830-an dari perkataan Yunani πλεῖστος (pleîstos) bermaksud 'paling', manakala καινός (kainós) bermaksud 'baharu'
Pliosen5.33 hingga 2.58 juta tahun dahulu2.753Dicipta pada awal 1830-an dari perkataan Yunani πλείων (pleíōn) bermaksud 'lebih', manakala καινός (kainós) bermaksud 'baharu'
Miosen23.03 hingga 5.33 juta tahun dahulu17.697Dicipta pada awal 1830-an dari perkataan Yunani μείων (meíōn) bermaksud 'kurang', manakala καινός (kainós) bermaksud 'baharu'
Oligosen33.9 hingga 23.03 juta tahun dahulu10.87Dicipta pada 1850-an dari perkataan Yunani ὀλίγος (olígos) bermaksud 'sedikit', manakala καινός (kainós) bermaksud 'baharu' melalui bahasa Jerman
Eosen56 hingga 33.9 juta tahun dahulu22.1Dicipta pada awal 1830-an dari perkataan Yunani ἠώς (ēōs) bermaksud 'senja', manakala καινός (kainós) bermaksud 'baharu', yang bermakna senja kehidupan moden pada epok tersebut
Paleosen66 hingga 56 juta tahun dahulu10Digubah oleh Wilhelm Philippe Schimper pada tahun 1874 yang merupakan lakuran kepada paleo- + Eocene, tetapi pada permukaannya dari perkataan Yunani παλαιός (palaios) bermaksud 'lama', manakala καινός (kainós) bermaksud 'baharu' melalui bahasa Perancis
Kapur Atas100.5 hingga 66 juta tahun dahulu34.5Lihat pada etimologi Kapur
Kapur Bawah145 hingga 100.5 juta tahun dahulu44.5
Jura Atas
161.5 hingga 145 juta tahun dahulu16.5Lihat pada etimologi Jura
Jura Tengah174.7 hingga 161.5 juta tahun dahulu13.2
Jura Bawah
201.4 hingga 174.7 juta tahun dahulu26.7
Trias Atas237 hingga 201.4 juta tahun dahulu35.6Lihat pada etimologi Trias
Trias Tengah
247.2 hingga 237 juta tahun dahulu10.2
Trias Bawah251.9 hingga 247.2 juta tahun dahulu4.702
Leping259.51 hingga 251.9 juta tahun dahulu7.608Diberi nama berdasarkan Leping, Jiangxi, Republik Rakyat Cina. Nama ini berasal dari perkataan Bahasa Cina Mandarin 乐平 (lèpíng) bermaksud 'irama yang aman damai'
Guadalup273.01 hingga 259.51 juta tahun dahulu13.5Diberi nama berdasarkan Pergunungan Guadalupe di kawasan barat daya AS, paling awal dari perkataan Bahasa Arab وَادِي ٱل (wādī al) bermaksud 'lembah kepada sesuatu', dengan tambahan apitan akhir dari bahasa Latin lupus bermaksud 'serigala' melalui Bahasa Sepanyol
Cisural298.9 hingga 273.01 juta tahun dahulu25.89Dari bahasa Latin cis- (sebelum) + bahasa Rusia Урал (Ural), merujuk kepada lereng kawasan Pergunungan Ural
Pennsilvania Atas307 hingga 298.9 juta tahun dahulu8.1Diberi nama berdasarkan negeri AS Pennsylvania, yang berasal dari gubahan William Penn + perkataan bahasa Latin silvanus (hutan) + -ia dengan analogi kepada Transylvania
Pennsilvania Tengah315.2 hingga 307 juta tahun dahulu8.2
Pennsilvania Bawah323.2 hingga 315.2 juta tahun dahulu8
Mississippi Atas330.9 hingga 323.2 juta tahun dahulu7.7Diberi nama berdasarkan Sungai Mississippi, dari perkataan bahasa Ojibwe ᒥᐦᓯᓰᐱ (misi-ziibi) bermaksud 'sungai besar'
Mississippi Tengah346.7 hingga 330.9 juta tahun dahulu15.8
Mississippi Bawah358.9 hingga 346.7 juta tahun dahulu12.2
Devon Atas382.7 hingga 358.9 juta tahun dahulu23.8Lihat pada etimologi Devon
Devon Tengah393.3 hingga 382.7 juta tahun dahulu10.6
Devon Bawah419.2 hingga 393.3 juta tahun dahulu25.9
Pridoli423 hingga 419.2 juta tahun dahulu3.8Diberi nama berdasarkan kawasan rizab semulajadi Homolka a Přídolí berdekatan Prague, Czechia
Ludlow427.4 hingga 423 juta tahun dahulu4.4Diberi nama berdasarkan Ludlow, England
Wenlock433.4 hingga 427.4 juta tahun dahulu6Diberi nama berdasarkan Tebing Wenlock di Shropshire, England
Llandoveri443.8 hingga 433.4 juta tahun dahulu10.4Diberi nama berdasarkan Llandovery, Wales
Ordovisi Atas458.4 hingga 443.8 juta tahun dahulu14.6Lihat pada etimologi Ordovisi
Ordovisi Tengah470 hingga 458.4 juta tahun dahulu11.6
Ordovisi Bawah485.4 hingga 470 juta tahun dahulu15.4
Furong497 hingga 485.4 juta tahun dahulu11.6Dari perkataan bahasa Cina Mandarin 芙蓉 (fúróng) bermaksud 'teratai', merujuk kepada simbol provinsi Hunan
Miaoling509 hingga 497 juta tahun dahulu12Diberi nama berdasarkan the kawasan pergunungan Miao Ling [zh] di Guizhou, makna bahasa Cina Mandarinnya ialah 'puncak bercambah'
Siri 2 Kambria (tidak formal)521 hingga 509 juta tahun dahulu12Lihat pada etimologi Kambria
Terreneuve538.8 hingga 521 juta tahun dahulu17.8Diberi nama berdasarkan Terre-Neuve, suatu pinjaman terjemah dari bahasa Perancis untuk Newfoundland